
LUMUT, 6 Februari – Bagi memantapkan penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar Kulliyyah Bahasa Arab Kolej Universiti INSANIAH telah mengadakan program Al-Mukhayyam Al-Arabi dari 3 hingga 6 Februari lalu.
Berkonsepkan riadah, program yang diadakan di Teluk Senangin, Lumut, Perak disertai 86 pelajar dan 11 pensyarah. Selain mengisi masa terluang pada hujung minggu, program empat hari itu diisi dengan pelbagai acara.
Antara aktiviti yang diadakan adalah sesi dialog dan khutbah dalam Bahasa Arab. Selain itu pelajar turut berpeluang menunjukkan bakat masing-masing menerusi pentas pidato juga syair.
Menurut Timbalan Pengarah Al-Mukhayyam Al-Arabi ke-3 2012/ 2013 Kulliyyah Bahasa Arab , Mohd Syahmi Shamsuddin, objektif utama...