ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Wednesday 16 May 2012

Jaulah Arabiah



Pengarah Eksekutif
Mohd Shahrizan Bin Abdul Mutalib

Pengurus Eksekutif
Mohd Hadi Bin Mohd Shukri

SetiaUsaha Eksekutif
Harliza Binti Bani Hashim

Pengurus Kewangan(I)
Ahlam Hayati Binti Sha’ari

Pengurus Kewangan(II)
Siti Fairuz Binti Bakar

Eksekutif Perhubungan
Mohd Sayuti Bin Idris

Timb.Eks. Perhubungan
Mohd Zamree Bin Mohd Zahir 

Program ini adalah disertai, dirancang dan dikendalikan sepenuhnya oleh siswazah Kolej Universiti Insaniah dengan kerjasama Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab, Kolej Universiti Insaniah dan di sokongan penuh oleh Prof. Madya Dr. Mohd Bakhir Bin Hj Abdullah; Dekan Kuliyyah Bahasa Arab Kolej Universiti Insaniah. Bertitik tolak daripada minat yang mendalam untuk menguasai Bahasa Arab di peringkat yang lebih tinggi dan mendalam serta mengambil kira keperluan masyarakat demi menyahut seruan Negara ; melahirkan penterjemahserta pakar bahasa, maka program ini telah dirancang dan disusun untuk memenuhi kehendak tersebut.

Pihak kami telah bersetuju menamakan program ini sebagai ‘Jaulah Arabiah’ berkesinambungan daripada tujuan program itu sendiri dengan mengambil kira pemilihan lokasi iaitu Tanah Arab. Hasil daripada perbincangan bersama, pihak kami telah mewujudkan organisasi bagi merealisasikan program tersebut selain berhasil mengumpul pelbagai maklumat yang berkaitan serta mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak-pihak persendirian bagi membantu menjayakannya. Bagi memenuhi objektif program, pihak kami telah pun menyusun tentatif dan pengisian program demi memastikan objektif tersebut tercapai.

Program ‘Jaulah Arabiah’ ini akan dilaksanakan pada cuti akhir semester kedua iaitu pada penghujung bulan April 2010. Program ini akan disertai oleh 35 orang siswazah yang terdiri dikalangan siswazah daripada pelbagai kuliyyah seperti Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah. Dijangkakan program ini akan berlangsung selama 2 bulan mengikut perancangan dan tentatif program. Sebarang perubahan program adalah tertakluk kepada pihak pengurusan di Mesir.Jawatankuasa pengurusan dan pelaksanaan telah memilih Al-Minya University , Cairo , Egytpt setelah mengambil kira nasihat dan pandangan Dekan Kuliyah Bahasa Arab serta beberapa individu tertentu . Pemilihan ini adalah berasaskan kepada biah dan persekitaran ilmiah yang terdapat di sana . Al- Minya Universiti adalah salah sebuah Institusi Pendidikan yang terkenal di Mesir, menawarkan serta menyediakan program pengajian Bahasa Arab kepada penutur bukan Bahasa Arab (Arabic Non-Speaker). Namun pemilihan ini telah dibuat setelah dipersetujui sebulat suara oleh kesemua jawatankuasa pengurusan dan pelaksana program setelah perbincangan demi perbincangan dijalankan.

Kenangan sebelum berlepas dari KLIA .

06/05/2010, KLIA.
Setelah penat lelah berusaha.. Akhirnya apa yang kami impikan tercapai...
Dugaan demi dugaan... Alhamdulillah,..
Kali pertama menjejakkan kaki di KLIA...
Hati rasa sebak bercampur gembira.. rasa mcm tak percaya yang kami semua akan bertolak ke Mesir..
Bumi Ambiya'..
Bumi yang penuh barakah...
Ada yang menggelarkan bumi Kinanah...
Apa itu Kinanah??
....

Selamat tinggal Malaysia buat seketika...
Untuk berjuang menuntut fardu ain...
Semoga semua menjadi kenyataan....
Amiiinnnnn..



2.0 KONDISI PROGRAM

2.1 Penganjur
  • Kuliyyah Bahasa Arab Kolej Universiti Insaniah dengan kerjasama Persatuan Kuliyyah Bahasa Arab
2.2 Objektif
1- Melahirkan generasi Lughatul Quran
2- Memantap, mengukuh dan menguasai Bahasa Arab Fasihah
3- Memberi ruang dan peluang bermuamalah secara langsung
4- Memberi peluang menimba pengalaman dan realiticabaran dalam menguasai Bahasa Arab
5- Mendedahkan peserta kepada suasana kehidupan dan budaya masyarakat Arab
6- Memberi peluang untuk mengaplikasikan Bahasa Arab Fasihah dalam komunikasi harian

2.3 Tarikh
  • 6 Mei 2010 – 6 Julai 2010
2.4 Tempat
  • AL-MINYA UNIVERSITI , CAIRO, EGYPT
2.5 Tema
  • Ke Arah Melahirkan Generasi Lughatul Quran
2.6 Penglibatan
  • 30 Peserta
  • Penyertaan dalam kalangan penuntut Pengajian Islam Kulliyyah Bahasa Arab, Kulliyyah Usulluddin, Kulliyyah Syariah.

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
HASIL SENTUHAN : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH